Sabtu, 1 Mac 2014
Mesyuarat Pertubuhan Banjar Malaysia
Aktiviti Akan datang iaitu EGM Pertubuhan Banjar Malaysia...6 April 2014...Ahad...Di Dewan Pelancongan Bagan Datoh...Insyallah...
Sabtu, 5 Oktober 2013
sakillas
SAKILAS BAHASA BANJAR
1. TOPI = TUPI (Bhs. Banjar)
2. KENING = KANING (Bhs. Banjar)
3. TELINGA = TALINGA (Bhs. Banjar)
4. MISAI = SASINGUT (Bhs. Banjar)
5. MULUT = MUNTUNG (Bhs. Banjar)
6. LIDAH = ILAT (Bhs. Banjar)
7. LEHER = GULU (Bhs. Banjar)
8. PERUT = PARUT (Bhs. Banjar)
9. LUTUT = LINTUHUT ( Bhs. Banjar)
10.KAKI = BATIS (Bhs. Banjar)
11.CELANA = SALAWAR,
1. TOPI = TUPI (Bhs. Banjar)
2. KENING = KANING (Bhs. Banjar)
3. TELINGA = TALINGA (Bhs. Banjar)
4. MISAI = SASINGUT (Bhs. Banjar)
5. MULUT = MUNTUNG (Bhs. Banjar)
6. LIDAH = ILAT (Bhs. Banjar)
7. LEHER = GULU (Bhs. Banjar)
8. PERUT = PARUT (Bhs. Banjar)
9. LUTUT = LINTUHUT ( Bhs. Banjar)
10.KAKI = BATIS (Bhs. Banjar)
11.CELANA = SALAWAR,
Sabtu, 21 September 2013
Dapur Banjar
Buku Resepi yang akan terbitkan versi Banjar:
Judul: "Dapur Banjar" 100 Resep Masakan Khas Banjar di Malaysia
Kategori: Budaya / Kuliner
Penulis: Salwana Jaafar
Pengantar: DCH Taufik Arbain
Prolog: Rasta Albanjari
Penerbit: Pusat Kajian Kebudayaan Banjar
Dicetak Oleh: Pustaka Banua
Desain Cover & Layout: Rasta Albanjari
Tokeh Bukuk : https://www.facebook.com/salwana.jaafar
Judul: "Dapur Banjar" 100 Resep Masakan Khas Banjar di Malaysia
Kategori: Budaya / Kuliner
Penulis: Salwana Jaafar
Pengantar: DCH Taufik Arbain
Prolog: Rasta Albanjari
Penerbit: Pusat Kajian Kebudayaan Banjar
Dicetak Oleh: Pustaka Banua
Desain Cover & Layout: Rasta Albanjari
Tokeh Bukuk : https://www.facebook.com/salwana.jaafar
'
Blog ini Untuk Pengetahuan Kulaan yang meminati muzik berunsurkan etnik kebudayaan bahasa Banjar di Malaysia,
Setelah Radio Banjar '' Tatap Humapss '' yang dibawa oleh Paklong Cikgu kehilangan password ujarnyak,
Aku berguru awan inyak tentang radio, Alhamdulilah dengan izin Allah S.W.T telah terhasil Radio Kulaan fm Online membawa tredmark ''Hagan Kulaan Hajak '' dengan bantuan Amat Jaman - sponser CD lagu, Angah Khir - sponser Hadiah dan jugak pendengar yang lain sentiasa mendengarkan Radio Kulaan fm Online.....Berilaan kulaan....
Setelah Radio Banjar '' Tatap Humapss '' yang dibawa oleh Paklong Cikgu kehilangan password ujarnyak,
Aku berguru awan inyak tentang radio, Alhamdulilah dengan izin Allah S.W.T telah terhasil Radio Kulaan fm Online membawa tredmark ''Hagan Kulaan Hajak '' dengan bantuan Amat Jaman - sponser CD lagu, Angah Khir - sponser Hadiah dan jugak pendengar yang lain sentiasa mendengarkan Radio Kulaan fm Online.....Berilaan kulaan....
Pertubuhan Banjar Malaysia
FASAL 1 NAMA
(1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERTUBUHAN BANJAR MALAYSIA. Selepas ini disebut "Pertubuhan".
FASAL 2 TEMPAT URUSAN
(1) Alamat dan tempat urusan berdaftar Pertubuhan ialah 12 B Jalan Tembaga SD 5/2A, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa; dan alamat untuk surat menyurat ialah 12 B Jalan Tembaga SD 5/2A, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT
(1) Menghidupkan serta memperkembangkan kebudayaan, kesenian, kesasteraan dan bahasa suku kaum Banjar
(2) Mengiratkan hubungan silatulrahim masyarakat suku kaum Banjar dan suku kaum yang lain
(3) Menggerak serta meningkatkan sosia-ekonomi masyarakat suku kaum Banjar
FASAL 4 KEAHLIAN
(1) Ahli biasa Pertubuhan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan keatas, berketurunan Banjar yakni kedua ibu bapa berketurunan Banjar atau salah seorang dari mereka berketurunan Banjar.
(2) Mereka yang berumur 18 tahun ke atas, warganegara Malaysia tetapi bukan tergolong dari kategori (1) dibenarkan menjadi ahli bersekutu yang hanya boleh menyertai aktiviti-aktiviti Pertubuhan tetapi tidak layak mengundi atau memegang jawatan.
(3) Tiap-tiap permohon keahlian dikehendaki mengisi borang permohonan keahlian dan dikemukakan kepada Setiausaha. Jawatankuasa Pertubuhan boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
(4) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas, setelah membayar yuran pendaftaran dan yuran tahun pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.
FASAL 5 YURAN PENDAFTARAN, YURAN TAHUNAN
(1) Yuran pendaftaran dan yuran tahunan yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:
Yuran pendaftaran : RM10.00 (sepuluh Ringgit Malaysia)
Yuran tahunan : RM10.00 (sepuluh Ringgit Malaysia)
(2) Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 2 bulan dari awal tiap-tiap tahun.
(3) Ahli yang tidak membayar yuran tahunan untuk 2 tahun berturut-turut dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan. Keahlian boleh disambung hanya setelah yuran tertunggak dijelaskan.
FASAL 6 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
(1) Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan, hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala bayaran tertunggak.
(2) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu akan diberitahu sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut akan diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan akan dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.
FASAL 7 MESYUARAT AGUNG
(1) Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada Mesyuarat Agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.
(2) Jika korum tidak cukup selepas satu jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 60 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas satu jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang dan peraturan Pertubuhan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.
(3) Mesyuarat Agung Tahunan bagi pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja Mesyuarat Agung tahunan ialah:
(a) menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan Pertubuhan di dalam tahun lalu;
(b) menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu;
(c) memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk dua (2) tahun yang akan datang;
(d) menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
(4) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 15 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.
(5) Mesyuarat Agung Khas bagi Pertubuhan ini boleh diadakan:
(a) bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa, atau
(b) atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang satu pertiga (1/3) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan/sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan.
(6) Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh dua bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.
(7) Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk bermesyuarat.
(8) Fasal 7 (1) dan 7 (2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas satu jam dari waktu yang ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 3 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan.
FASAL 8 JAWATANKUASA
(1) Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:
Seorang Yang Dipertua (Dilantik oleh Majlis Yang Dipertua)
Seorang Naib Yang Dipertua
Seorang Setiausaha
Seorang Penolong Setiausaha
Seorang Bendahari
7 orang Ahli Jawatankuasa Biasa
(2) Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri dari Warga negara Malaysia.
(3) Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan setiap dua (2) tahun sekali.
(4) Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidak boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan Mesyuarat Agung.
(5) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurang sekali dalam 2 bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli Jawatankuasa 7 hari terlebih dahulu. Yang Dipertua hendaklah bersendirian atau tidak kurang 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.
(6) Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima:
(a) masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa;
(b) sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan
(c) keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak.
Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.
(7) Ahli Jawatankuasa yang tidak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga (3) kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa.
(8) Jika seorang ahli Jawatankuasa selain dari Yang Dipertua meninggal dunia, atau tidak upaya, atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain untuk memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
(9) Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantung atau melucut jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam perkerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.
(10) Jawatankuasa boleh menubuhkan jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.
FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
(1) Yang Dipertua, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Beliau mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit mesyuarat bila telah diluluskan.
(2) Naib Yang Dipertua hendaklah memangku jawatan Yang Dipertua semasa ketiadaannya.
(3) Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut undang-undang dan hendaklah menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa. Beliau bertanggungjawab mengendalikan urusan surat-menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir nama, tarikh dan tempat lahir, nambor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah setiap ahli. Beliau hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Setiausaha hendaklah dalam masa 28 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan 1966.
(4) Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.
(5) Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya.
(6) Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.
FASAL 10 MAJLIS YANG DIPERTUA (MAJLIS)
(1) Ahli Majlis terdiri dari 4 orang calun Yang Dipertua yang mendapat undian tertinggi. Ahli Majlis hendaklah melantik secara undian seorang dari mereka sebagai Yang Dipertua Pertubuhan sebelum Mesyuarat Agung Tahunan selesai.
(2) Jika Yang Dipertua meninggal dunia, hilang keupayaan, meletak jawatan, ahli Majlis boleh melantik ahli Majlis yang lain untuk mengganti beliau.
(2) Majlis bertindak sebagai penasihat kepada Yang Dipertua tetapi tidak boleh membatal keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertubuhan.
(3) Majlis hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Notis mesyuarat hendaklah dihantar sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mesyuarat diadakan. Sekurang-kurangnya tiga (3) orang ahli Majlis hendaklah hadir untuk mencukupi korum untuk mesyuarat. Segala keputusan mesyuarat hendaklah dilaporkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
(4) Sekiranya ahli Majlis kurang dari 3 orang, dengan sendiri Majlis terbubar sehingga perlantikan ahli Majlis yang baru semasa Mesyuarat Agung Tahunan.
FASAL 11 KEWANGAN
(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini, wang Pertubuhan boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.
(2) Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM1000 (seribu Ringgit Malaysia) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Akaun itu hendaklah di atas nama Pertubuhan.
(3) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh wakil dari setiap kumpulan penandatangan berikut:
(a) Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua
(b) Setiausaha dan Bendahari
(4) Perbelanjaan yang lebih daripada RM5,000 (lima ribu Ringgit Malaysia) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang melebihi RM50,0000 (lima ratus ribu Ringgit Malaysia) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM5,000 (lima ribu Ringgit Malaysia) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Yang Dipertua bersama Setiausaha atau Bendahari.
(5) Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik di bawah Fasal 12 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan.
(6) Tahun kewangan Pertubuhan ini bermula dari 1 hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun.
FASAL 12 PEMERIKSA KIRA-KIRA
(1) Dua orang yang bukan pegawai Pertubuhan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-kira. Jawatan untuk setahun dan boleh dilantik semula.
(2) Pemeriksa Kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Pertubuhan bagi setahun dan membuat laporan/pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Yang Dipertua mengaudit kira-kira Pertubuhan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.
FASAL 13 PENGAMANAH
(1) Tiga orang Pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun, warganegara Malaysia hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Pertubuhan. Semua harta tetap kepunyaan Pertubuhan akan diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust)
(2) Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindahkan hakmilik kepunyaan Pertubuhan dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung Pertubuhan.
(3) Seorang Pengamanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Mesyuarat Agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada dalam negeri atau kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pembuangan bagi seseorang Pengamanah, maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Pengamanah baru yang dilantik di dalam Mesyuarat Agung.
FASAL 14 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
(1) Di antara berlangsungnya Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.
(2) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.
FASAL 15 PENASIHAT/PENAUNG
(1) Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis.
FASAL 16 LARANGAN
(1) Permainan judi, semua bentuk permainan yang bergantung kepada nasib , permainan mesin video dan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang negara tidak dibenarkan dilakukan di premis Pertubuhan.
(2) Pertubuhan atau ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959.
(3) Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.
(4) "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidak boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.
(5) Pelajar universiti atau kolej universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Pertubuhan ini kecuali telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor institusi berkenaan.
FASAL 17 PINDAAN UNDANG-UNDANG
(1) Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 28 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
FASAL 18 PEMBUBARAN
(1) Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli biasa yang menghadiri dalam sesuatu Mesyuarat Agung yang dipanggil khas kerananya.
(2) Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan bagi wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung berkenaan.
(3) Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari
Link Radio
Radio Kulaan fm bersama ( Dj Utoh Licak )
whatsApp / KakaoTalk : +6013-4622952 ( baPadah Ngaran lah )
'hagan kulaan hajak'
Ganik ik kulaan seberataan Like Page Radio kulaan fm online.:-
https://www.facebook.com/pages/Radio-Kulaan-fm-online
Link Nyak -
http://radiokulaanfm.listen2myradio.com/
http://radiokulaanfm.listen2mymusic.com/
http://radiokulaanfm.radiostream321.com/
http://radiokulaanfm.listen2myshow.com/
http://radiokulaanfm.radio12345.com/
http://radiokulaanfm.radiostream123.com/
whatsApp / KakaoTalk : +6013-4622952 ( baPadah Ngaran lah )
'hagan kulaan hajak'
Ganik ik kulaan seberataan Like Page Radio kulaan fm online.:-
https://www.facebook.com/pages/Radio-Kulaan-fm-online
Link Nyak -
http://radiokulaanfm.listen2myradio.com/
http://radiokulaanfm.listen2mymusic.com/
http://radiokulaanfm.radiostream321.com/
http://radiokulaanfm.listen2myshow.com/
http://radiokulaanfm.radio12345.com/
http://radiokulaanfm.radiostream123.com/
Langgan:
Ulasan (Atom)


